Thursday, 28 March 2013

Cicak


Assalamualaikum..  
Mari memulakan post dengan sssedikit fakta. hahaha.. Cicak merupakan sejenis reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano. Cicak juga mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam. Dengan itu, musuhnya akan terperanjat ketika ekornya mengeliat-geliat sementara cicak melarikan diri.


Post nie bukan apa.. aku tension bak ang dengan menatang cicak nie.. deje aku habaq kat ang.. (hahaha).. mana taknya.. keja berak ja 24jam.. pusing2 taik.. pusing taik.. tension aku.. seyes aku bagi tau.. time tu duk basuh periuk.. tengah duk basuh tu elok lagi.. skali pusing tengok.. Tttudai… seketoi elok ja tanpa rasa bersalah tersadai longlai (hahahaha).. nasib baik atas lantai ja.. (atas lantai pon.. kalo aku terpijak.. tak ker satu rumah aku tawwaf).. tension2.. kes sebelom tu lagi parah.. ada skali tu elok ja seketol dalam baldi.. air dalam baldi tu abeh dah aku wat mandi.. cisss.. abes salama aku duk mandi tu air taik dia la.. geram gila..



Tapi yang lagi tension nak tau apa.. Tuan punya diri takdak.. Duk cerok mana pon tak tau.. tu yang aku geram tu.. tuan tak dak.. taik bersepah.. mula2 kena dulu, ingat nak lastik dengan getah ja.. skarang kalo aku jumpa, aku tangkap ja… kalo jumpa tu dah kira nasib baik dah.. hahaha.. laju lari.. rumah kayu.. kokkrek2 sikit dia dah tau dah.. sabo jer la

cover me~ hahaha

__________________________________________________________
Dalam hadith yang sahih dari Nabi S.A.W. antaranya, di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Sa’id bin al-Musayyib (سعيد بن المسيب) yang Umm Syareek (أم شريك) menceritakan kepadanyabahawa Nabi S.A.W. memerintahkannya untuk membunuh cicak-cicak (الأوزاغ). Di dalam riwayat al-Imam al-Bukhari ada dinyatakan:

كان ينفخ على إبراهيم عليه السلام

Maksudnya: “Cicak itu meniup (utk menyemarakkan) api yang membakar Nabi Ibrahim A.S.”