Tuesday, 19 March 2013

Rumahku Syurgaku


Assalamualikum.. 
Post kali nie berkenaan rumah baru ku.. jangan jelus.. awal kerja dah di beri rumah.. HAHAHAHAHA.. sebelum sampai sini pon aku dah tau yang aku akan tinggal di kuartes guru, berseorangan… YEAH!! Privacy.. tapi cuak jugak la takot kalau2 rumah tu macam nie….

Amacam angker tak? Nie bayangan aku jer..
Ada macam game Silent Hill tak? hehehe

Tetapi ternyata bila aku sampai, sangkaan ku meleset.. sikiiit ja.. hahahaha..


Bahagian ruang tamu.. hahahaha.. sekerat jer gambornya..
Bilik tidur.. tu katil & tilam lama cikgu sebelum nie

Sekolah.. Jenguk ikot tingkap jer dah bleh nampak skolah..
Kipas yang super duper laju.. macam helicopter jer rasa..

Dapoq ceq.. Nampak peti ais tu? Haaa.. Ianya rosak.. Hahaha
Dapor karan tu GB bg pinjam.. Heater cikgu sbeleh bg pinjam.. Agak2 bekalan banyak nie boleh tahan berapa lama?

Air mineral.. GB pesan suh bawak.. sbb takot takder air..

Perkakas dapor..


Bilik ayor.. hahaha.. amacam?

Haaa.. nie yang special.. 1 baldi air milo & 1 baldi air kosong.. Hahaha.. Yang air milo to air pam, dan yang jernih dan aku wat masak minum tu ayor hujan.. Kat sini kalo hujan bersyukur giler.. hehehe (baru nak bersyukur!) hahahaha


Nie ler tangki air hujan.. tp ada bocor sikit.. tension jer bila hujan lebat.. yer la.. mana nak penoh kalo bocor.. sabor jer la.. kena menggunakan kepakaran guru kemahiran hidup la nie.. atoi.. haha


Tapi walau apa pon, aku tetap bersyukur kerana rumah nie dah dibersihkan.. kalo tak jenoh aku nak kemas sumer (trimas brother Josh & the geng).. yer la rumah dah 1 tahun ditinggalkan.. dan aku juga bersyukur kerana aku masih mempunyai rumah.. ader citer yang aku dengar.. cikgu yang kena posting pedalaman takder rumah.. pastu kena tinggal dengan orang kampong.. (sakettt bai).. aku jugak bersyukur kerana kat sini sumber tenaga elektrik dibekalkan 24 jam walaupun pakai generator.. dan kipas rumah bapak laju.. so, xrasa sangat la kehangatan dek mentari.. dan cikgu-cikgu senior dan staf-staf lain sumer baik2..

Barisan kuarters guru

 _____________________________________________________________
Bersyukurlah dengan apa yang kamu ada..
Jika kamu miskin, masih ada yang lebih miskin daripada kamu.
Jika kamu sakit, masih ada orang yang sakit teruk daripada kamu.
Jika kamu bodoh, masih ada orang yang lebih bodoh daripada kamu.
Jika kamu buruk, masih ada orang yang lebih buruk daripada kamu.
Jika kamu hodoh, masih ada orang lebih hodoh daripada kamu.
Jika kamu kaya, masih ada orang yang lebih kaya daripada kamu.
Jika kamu kuat, masih ada orang yang lebih kuat daripada kamu.
Jika kamu pandai, masih ada orang yang lebih pandai daripada kamu.
Jika kamu cantik, masih ada orang yang lebih cantik daripada kamu.

Semoga Allah akan jadikan kita umat yang sentiasa bersyukur di atas apa jua pemberian yang Allah berikan kepada kita. Dari itu hendaklah kita bersyukur, dari apa yang Allah berikan kepada kita selama ini.




No comments:

Post a Comment

Amatlah diharapkan agar kalian tidak menghamburkan kata-kata kesat dan berunsur negatif semasa melawati laman ini. Segala hasil penulisan saya adalah pandangan peribadi semata-mata. Terima kasih